Monday, September 26, 2016

Wean Off bukan perkara mudah

Tinggal berapa hari lagi nak sampai ke tarikh 14 Oktober...
Alhamdulillah Usaid el-Kameel hampir genap 2 tahun.. dan makin hampir proses wean off tuan muda sorang ni..

Tidak semudah yg disangkakan. Mungkin tidak semua ibu yg mengalaminya.

Dari dalam kandungan memang tidak pernah renggang dgn ibu.. kita ade 1 'connection'. Fasa ni smua ibu yg preggy akan merasainya.

Ya, kemudian bila dia lahir ke alam dunia... fasa seterusnya ialah fasa menyusu. Dan kali ini ada lagi 1 'the amazing connection'... saat yg sgt indah.. tiap kali bf adakalanya ia merenung mata ibu seolah ingin mengatakan sesuatu.

Kurang tidurnya ibu, kerana saban malam berjaga demi bf khalifah Allah... penat mengumpul stok ebm demi memastikan dia dapat YANG TERBAIK.
Berkejar mencuri masa lapang utk mengumpul TITISAN EMAS.

Dan.... walaupun dia berjauhan dgn ibu, saat dia lapar dan dahaga... 'connection' tu sampai dengan pantas tanpa sekatan.. tanpa ada yg maklumkn kepada ibu... MasyaAllah, hebatnya aturan yg Kau cipta buat kami semua.. bertuah bg ibu yg dpt merasainya...

Seperti firman Allah :

'Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu'

Kini, proses wean off.... 'berpisah' ...
Usaid semakin besar, dah xjadi baby lagi... ke arah menjadi kanak2 yg superb..

Dulu...
Masa proses wean off Khaulah al-Azwar, mama demam... Khaulah juga demam.. kami xkuat utk 'berpisah'.. mama bagi masa.. sehingga Khaulah 2tahun 2bulan... dgn rela hati proses bf dgn Khaulah berakhir.. Alhamdulillah Khaulah membesar dgn baik...

Kenali anak kita... bagi mereka ruang... doa saban waktu.. mohon petunjuk dan jalan terbaik.. yg terbaik itu sudah tentu petunjuk dari al-Khaliq.. keran DIA yg mencipta kita... dan Mengetahui segalanya,..

Share:

0 comments:

Post a Comment

Konsultan Qaseh

Konsultan Qaseh

Social Icons

Labels

Followers

Featured Posts